Wednesday 7 December 2011

bidang bioteknologi

bidang bioteknologi merupakan bidang yang semakin meluas pada zaman era masa kini. . ada segelintir pelajar yang memilih bidang ini sebagai kerjaya mereka. Bioteknologi merupakan sebidang yang terbaharu dan ia adalah pengetahuan gunaan biologi. Ia cuba menduplikasi atau mengubah fungsi sesuatu sel hidup supaya ia dapat berfungsi dengan cara yang terkawal dan dengan cara yang boleh diramalkan secara tepat.
 
untuk menceburi bidang ini, setiap pelajar perlu mengambil matapelajaran yang peting pada tingkatan 4 iaitu aliran sains tulen yang merangkumi subjet kimia, biology, dan fizik. setiap pelajar perlu lulus dalam sijil pelajaran malaysia setaraf dengan baik. sijil pelajaran malaysia menentukan kamu sama ada layak mencapai kerjaya kamu. spm ini akan menentukan kamu melanjudkan pelajaran sama ada di matrikulasi, atau stpm, atau diploma dalam bidang bioteknology.

matrikulasi
jika matrikulasi menjadi pilihan anda, atau di terima masuk. anda akan belajar dalam bidang bioteknologi selama 2 tahun. Jurusan Sains (Kod M001)
c) Mata Pelajaran
Mata Pelajaran yang dipelajari semasa mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut:
i) Jurusan Sains (M001)
- Matematik
- Kimia
- Fizik atau Biologi

Di samping mata pelajaran bidang pengkhususan, mata pelajaran berikut wajib diambil oleh semua pelajar:-
- Bahasa Inggeris
- Dinamika Kemahiran
- Pendidikan Islam/Moral
- Sains Informatik
Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia diwajibkan mengambil satu daripada mata pelajaran kokurikulum berikut:-
- Sukan/Permainan atau
- Persatuan/Kelab atau
- Kawat Kaki

Bahasa Penghantar Program Matrikulasi
Mulai sesi 2004/2005 mata pelajaran Matematik, Sains, Fizik, Kima, Biologi dan Sains Informatik diajar dalam Bahasa Inggeris.

Pembiayaan
Pelajar Program Matrikulasi dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peluang meneruskan pengajian selepas lulus program matrikulasi
Pelajar yang lulus program ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua universiti awam.

stpm
Untuk menyertai pengajian dalam bidang bioteknologi di sesebuah institusi pengajian tinggi awam atau swasta, seseorang pelajar perlu memiliki gred yang cemerlang di peringkat STPM atau A -Level dalam mata pelajaran kimia, fizik, matematik dan biologi. Siswa-siswi di Universiti tempatan juga dikehendaki lulus peperiksaan MUET.

universiti universiti yang menawarkan bidang bioteknology
Memandangkan bidang ini berpotensi untuk maju, banyak universiti tempatan menawarkan program ini di peringkat sarjana muda antaranya 

Universiti Ke­bangsaan Malaysia (UKM)

 Universiti Malaya (UM)

Universiti Sains Malaysia (USM)


univeristy di luar negara yang menawarkan bidang bioteknology
Sementara itu banyak universiti luar negara seperti 

                                                Amerika Syarikat

                                                  United Kingdom

                                                      Australia

                                                          Kanada

                                                     New Zealand

                                         Jepun juga menawarkan bidang ini.
setiap pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di luar negara, perlu memilih atau menerima universiti yang di tawarkan oleh jpa.. setiap university menawarkan 3 tahun pada bidang tersebut.

KLASIFIKASI : PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
PERKHIDMATAN

PEGAWAI PENYELIDIK
GAJI : P1T1 RM 1,899.01- P1T5 RM 4,715.47
LAIN-LAIN IMBUHAN : Imbuhan Tetap Perumahan RM 250.00
                                          Elaun EKA RM 300.00
                                          Elaun Sara Hidup RM 200.00
KEMUDAHAN ELAUN : Setaraf Gred Q 41
PERJALANAN

SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c. (i) Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains (Kimia Organik, Kimia Analisis, Biokimia, Mikrobiologi, fitokimia, Teknologi Makanan atau Bioteknologi) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
   (ii) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
d. Keutamaan adalah diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya
selama tiga (3) tahun dalam bidang Mikrobiologi, industri atau penyelidikan dalam bidang pengurusan ladang,
biodiversiti, herba, nutraseutikal, bioproses dan pengurusan makmal atau loji pandu.

2 comments:

  1. apa beza P1T1 dan P1T5 bg pegawai penyelidik gredQ41?

    ReplyDelete
  2. Casino Resort, Biloxi - MapyRO
    The most 통영 출장마사지 up-to-date 고양 출장마사지 list of casino resorts in Biloxi. Casino 경상북도 출장안마 Resort in Biloxi is located in the United States and has 익산 출장안마 been named best casino 계룡 출장샵 in the

    ReplyDelete